Breaking News

Kamis, 04 Juli 2013

SEJARAH PERKEMBANGAN AKTA KAUNSELOR 1998





SEJARAH PERKEMBANGAN AKTA KAUNSELOR 1998 (AKTA 580)


LATAR BELAKANG

  1. Pada Oktober 1993, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Majlis Kaunseling Kebangsaan (MKK).
  2. Majlis Kaunseling Kebangsaan (MKK) telah dibentuk pada tahun 1994 dan mula melantik anggota Majlis pada tahun 1995.
  3. Majlis Kaunseling Kebangsaan (MKK) dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat dan diuruskan secara pentadbiran.
  4. Urusetia kepada Majlis diletakkan di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM).

BIDANG TUGAS MAJLIS KAUNSELING KEBANGSAAN


Majlis Kaunseling Kebangsaan telah dibentuk untuk menjalankan tugas-tugas berikut:

  1. Mengawasi perkhidmatan dan amalan kaunseling.
  2. Menilai keperluan perkhidmatan kaunseling dari segi keperluan perkhidmatan, latihan, jumlah kaunselor, jenis dan peringkat kaunseling.
  3. Membuat definisi dan menentukan standard kelayakan serta peringkat-peringkat kaunseling yang ditentu dan diiktirafkan.
  4. Merancang dan mengawasi program latihan dalam bidang kaunseling supaya selaras dengan standard yang ditetapkan oleh Majlis.
  5. Memberi input kepada dasar dan keputusan Kerajaan supaya mempertingkatkan perkhidmatan kaunseling.
  6. Mengenalpasti dan menyediakan kod etika perkhidmatan kaunseling di Malaysia.
  7. Menyediakan senarai atau daftar kaunselor.
  8. Menulis laporan kepada Y.B. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Malaysia dari semasa ke semasa untuk beliau maklumkan kepada Jemaah Menteri untuk pengawasan dan nasihat dasar yang diperlukan.

Fokus Majlis Kaunseling Kebangsaan ialah kepada 3 tugas utama:

  1. Menilai keperluan perkhidmatan,
  2. Menentukan definisi dan standard kelayakan serta peringkat-peringkat kaunseling yang ditetap dan diiktirafkan,
  3. Menyediakan kod etika perkhidmatan kaunseling.

Tindakan yang diambil oleh Majlis Kaunseling Kebangsaan

  1. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja bagi menyediakan Standard Kelayakan Kaunselor dan urusan pendaftaran.
  2. Menubuhkan Jawatankuasa Teknikal bagi menyediakan Kod Etika Kaunselor.



Laporan Jawatankuasa Kerja dan Jawatankuasa Teknikal telah menyentuh 2 perkara berikut:

  1. Kesukaran menentukan standard kelayakan kerana banyak pihak dengan pelbagai kelayakn ingin mendaftar diri sebagai kaunselor.
  2. Penguatkuasaan pendaftaran dan kod etika kerana Majlis Kaunseling Kebangsaan hanya merupakan satu badan pentadbiran sahaja.
  3. Oleh itu, cadangan dikemukakan bagi menggunakan cara perundangan sebagai mekanisme mengawalselia perkhidmatan kaunseling di negara ini.

Majlis Kaunseling Kebangsaan memutuskan supaya:

  1. Rang Undang-undang Kaunselor digubal.
  2. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM) mengetuai Jawatankuasa Teknikal Penyediaan Rang Undang-undang Kaunselor
  3. Persatuan Kaunseling Malaysia mengurusetiakan Jawatankuasa Standard Kelayakan Kaunselor.

Jawatnkuasa Teknikal mendraf Rang Undang-undang Kaunselor

Pengerusi
  1. Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (KPNPM).

Timbalan Pengerusi
Timbalan Ketua Setiausaha KPNPM

Ahli-ahli
Jabatan Peguam Negara
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Perpaduan Negara
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Jabatan Perkhidmatan Awam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Kementerian Pendidikan
Kementerian Kesihatan
Universiti Malaya
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Sains Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Putra Malaysia
Persatuan Kaunseling Malaysia
Persatuan Psikologi Malaysia
Persatuan Psikiatrik Malaysia
Majlis Kebajikan Masyarakat Kebangsaan Malaysia
Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.

Keahlian Jawatankuasa Teknikal Standard Kelayakan Kaunselor

  1. Jabatan Perkhidmatan Awam
  2. Kementerian Pendidikan
  3. Universiti Malaya
  4. Universiti Kebangsaan Malaysia
  5. Universiti Sains Malaysia
  6. Universiti Putra Malaysia
  7. Universiti Teknologi Malaysia
  8. Universiti Islam Antarabangsa
  9. Universiti Malaysia Sabah
  10. Persatuan Kaunseling Malaysia
  11. Persatuan Psikologi Malaysia.


15 APRIL 1996
- Draf rang undang-undang dibentang di Mesyuarat Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara (yang terdiri daripada EXCO-EXCO Kebajikan semua negeri serta wakil YB Menteri-Menteri Pendidikan, Kesihatan, Belia dan Sukan, Sumber Manusia dan Jabatan Perdana Menteri)

13 OGOS 1996
- Draf rang undang-undang dibentang di Mesyuarat Majlis Kaunseling Kebangsaan

4 NOVEMBER 1996
- Satu sesi penerangan rang undang-undang Kaunselor diberi kepada:
    1. NGO
    2. Badan Swasta
    3. Orang perseorangan
    4. Jabatan / agensi kerajaan


FAKTOR-TAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEPERLUAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DI MALAYSIA

Boleh dikategorikan kepada lima faktor asas:

  1. Teknologi dan Perkembangan Industri
  • Teknologi telah membawa perubahan kepada dunia pekerjaan
  • Dunia pekerjaan telah berkembang begitu pesat hingga sekarang ini terdapat beribu-ribu jenia pekerjaan
  • Kita lihat sahaja senarai yang terdapat dalam Dictionary of Occupational Titles untuk mengetahui sejauh mana pertumbuhan dan perkembangannya.
  • Perindustrian dan kemajuan otomasi telah bertanggung jawab sebahagian besarnya kepada pertumbuhan pesat (proliferasi) pekerjaan
  • Mungkin akan mengambil masa seumur hidup hari ini untuk membuat penyelidikan peribadi mengenai peluang pekerjaan
  • Pertumbuhan pesat dan perubahan dalam sains tulin dan sains gunaan telah mengembangkan batasan baru (new frontier) peluang-peluang
  • Perkembangan baru telah mewujudkan kategori baru pekerjaan yang kita tidak ketahui beberapa tahun dahulu
  • Tanpa bantuan pembimbing/kaunselor terlatih, adalah sukar, if not impossible, untuk anak muda memadankan minat, bakat dan kebolehan mereka dengan peluang yang sentiasa berubah dan berkembang dalam dunia pekerjaan


  1. Demokrasi

  • Hari ini, institusi pendidikan kita mempunyai pelajar dari berbagai latar belakang sosial dan ekonomi.

  • Setiap sekolah adalah berhadapan dengan pelajar yang berbeza luas dari segi keupayaan mental, kematangan sosial dan corak minat.

  • Pelaksanaan persamaan peluang pendidikan hanya boleh dicapai melalui pertambahan perhatian kepada perbezaan individu.

  • Masalahnya bukan hanya setakat memberikan setiap individu cabaran pendidikan yang sesuai dengan kebolehan mental.

  • Untuk menentukan persamaan peluang, institusi pendidikan perlu menerima tanggung jawab untuk menolong setiap individu merancang dan maju ke arah matlamat pendidikan dan vokasional yang realistic.


  1. Peluasan Program Pendidikan

  • Pendidikan wajib
  • Banyaknya kursus-kursus
  • Pertumbuhan pesat aktiviti kokurrikular
  • Pelajar memerlukan lebih banyak pertolongan dalam memilih mata pelajaran sekolah dan aktiviti bukan akademik.
  • Dengan perubahan penekanan dalam pendidikan iaitu penekanan kepada pelajar menggantikan isi kandungan sebagai tumpuan proses pembelajaran, keperluan, minat dan masalah pelajar menjadi lebih penting.  Falsafah pendidikan sekarang telah berubah menjadi falsafah membimbing .
  • Pendidikan untuk ramai.


  1. Kesan perindustrian dan kemajuan ke atas Kehidupan Manusia

·         Perkembangan dalam bidang industri dan kesannya ke atas dunia pekerjaan
·         Urbanisasi: Perpindahan ke bandar-bandar dan kesannya kepada manusia terutama kepada mereka yang tidak cukup persediaan
·         Perubahan sosial yang pesat dan kesannya kepada individu
·         Sistem ekonomi dan sosial yang kompetatif
·         Perkembangan media dan pengaruhnya kepada kehidupan dan tingkahlaku manusia
·         Kepentingan yang diberikan kepada pendidikan dan perkembangan sistem pendidikan
·         Pengangguran di kalangan mereka yang berpelajaran.


  1. Faktor Sosio-Ekonomi

·         Perkembangan Program Pengujian dan Program Kaunseling Di Institusi

·         Pendidikan terutama selepas perang dunia kedua

·         Ketegangan dunia telah juga menyum-bang kepada keperluan kepada perkhidmatan kaunseling.  Ketiadaan keselamatan, yang terhasil akibat daripada pembangunan, perubahan dan kemerosotan kepercayaan kepada agama dan masalah emosi di kalangan anak-anak muda

·         Hasil daripada kaedah komunikasi dan pengangkutan yang lebih baik, pergerakan hidup telah menjadi bertambah cepat ke peringkat dimana kesihatan mental yang baik menjadi matlamat dan dicari-cari

  1. Kedudukan moral, kepercayaan dan sosial

·         Pertambahan penduduk yang pesat, pergerakan daripada masyarakat pertanian kepada industri menye-babkan tumpuan penduduk berpin-dah daripada luar bandar ke bandar.

·         Konsentrasi penduduk dibandar membawa bersamanya masalah sosiologi.

·         Pertambahan yang membimbangkan dalam masalah juvana, pertambahan ketegangan, prasangka, dan bersamanya penurunan keberkesanan rumah sebagai penguatkuasa dan pembimbing perkembangan moral merupakan perkara yang membim-bangkan di serluruh Negara.

·         Hari ini, disebabkan peratus ibubapa bekerja adalah tinggi, pertolongan untuk menjawab soalan yang mengelirukan ini tidak terdapat di rumah.

·         Keruntuhan keluarga sebagai penguat-kuasa moral merupakan masalah yang menakutkan.

·         Kebiasaan beragama telah berubah – anak-anak muda berfikir untuk diri mereka dan mempersoalkan dogma agama – mereka telah menjadi keliru akan apa yang betul dan yang salah


ASAS PEMIKIRAN KEPERLUAN AKTA KAUNSELOR 1998

  1. Kegawatan gejala sosial masa kini memerlukan pendekatan yang lebih berkesan
  2. Kaunseling yang merupakan proses sistematik untuk membantu manusia telah terbukti boleh meningkatkan kesihatan mental, psikologi dan tingkahlaku, dan dengan itu dapat menyumbang ke arah pembinaan masyarakat yang sihat mental, bermoral dan beretika.


TUJUAN AKTA KAUNSELOR 1998

  1. Memelihara profesionalisme kaunselor
Sebagai satu profession, kaunseling adalah berbeza dengan ‘social helping’. Disiplin kaunseling mempunyai teknik-teknik tersendiri berbanding ‘social helping’ yang hanya memerlukan keupayaan berkomunikasi dengan baik dan penuh simpati.

  1. Memberi perlindungan kepada klien.
Terdapat kes-kes penipuan, penyelewengan dan amalan kurang sihat oleh mereka yang menggelarkan diri sebagai Kaunselor.

  1. Membolehkan usaha untuk mengawalselia kelayakan-kelayakan.
Menentukan seseorang itu layak diiktiraf sebagai Kaunselor.

  1. Mengekalkan dan mempastikan standard perlakuan profesional yang tinggi.
Mengawalselia individu berbanding dengan proses.




KUMPULAN SASAR

  1. Individu yang menjalankan amalan sebagai kaunselor
  2. Pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor


AKTA KAUNSELOR 1998 DIWARTAKAN 19 MAC 1998
-          AKTA 580 ini bertujuan mengadakan peruntukan bagi pendaftaran dan amalan kaunselor dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

SUSUNAN BAHAGIAN

-          BAHAGIAN I                       Permulaan
-          BAHAGIAN II          Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia
-          BAHAGIAN III        Lembaga Kaunselor
-          BAHAGIAN IV        Pendaftaran Kaunselor dan perakuan amalan pertubuhan
-          BAHAGIAN V          Pertubuhan Perbadanan menjalankan amalan sebagai  kaunselor
-          BAHAGIAN VI        Prosiding Tatatertib
-          BAHAGIAN VII       Kesalahan dan Penalti
-          BAHAGIAN VIII     Pelbagai


BAHAGIAN I (PERMULAAN)

Bahagian I mengandungi peruntukan permulaan seperti tajuk ringkas, permulaan kuatkuasa dan pemakaian Akta yang dicadangkan (Fasal 1) dan takrif perkataan dan ungkapan tertentu yang digunakan dalam Rang Undang-undang ini (Fasal 2).

Subsekyen 1(2) Pemakaian
·         Akta ini tidak terpakai bagi:
Mana-mana profesional kesihatan; atau mana-mana syarikat, pertubuhan atau pihak berkuasa tempatan yang memberi perkhidmatan jagaan kesihatan seperti hospital, rumah rawatan, hospis, bank darah, hospital psikiatri, pusat jagaan ambulatory, rumah bersalin, pusat kesihatan mental masyarakat, rumah rawatan psikiatri, klinik perubatan atau pergigian, atau apa-apa kemudahan jagaan kesihatan yang lain.

Seksyen 2 (Tafsiran)
- Tafsiran bagi beberapa ungkapan utama ialah:

            KAUNSELOR
            Seseorang yang mengadakan perkhidmatan kaunseling bagi sudut fee yang ditetapkan atau apa-apa balasan lain.

            KAUNSELING
            Suatu proses sistematik untuk membantu perhubungan berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh kaunselor berdaftar mengikut kod etika kaunseling untuk mencapai suatu perubahan, kemajuan dan penyesuaian yang holistic, baik dan sukarela pada diri klien supaya perubahan, kemajuan dan penyesuaian itu akan berterusan sepanjang hayat klien.

            KAUNSELOR BERDAFTAR
            Seseorang yang didaftarkan di bawah Seksyen 26 dan 27

            DAFTAR
            Daftar Kaunselor yang disimpan dan disenggara di bawah seksyen 19

            PERAKUAN PENDAFTARAN
            Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 26(2) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2)

            PERAKUAN PENDAFTARAN SEMENTARA
            Perakuan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) dan termasuklah suatu pendua bagi perakuan pendaftaran sementara yang dikeluarkan di bawah subseksyen 32(2)

            PERAKUAN AMALAN
            Perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah subseksyen 27(4) atau 28(3), mengikut mana-mana yang berkenaan


BAHAGIAN II (MAJLIS PENASIHAT KAUNSELOR MALAYSIA)

Bahagian II mengandungi peruntukan-peruntukan berhubung dengan Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia dari segi peruntukan bagi penubuhan Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia dan keanggotaannya, fungsi-fungsi Majlis, tempoh jawatan anggota Majlis, pembatalan pelantikan, keterhentian keanggotaan, perletakan jawatan anggota Majlis dan mesyuarat Majlis.

Seksyen 4 (Fungsi Majlis)
-  Fungsi Majlis adalah:
  Untuk menasihati YB Menteri mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan Akta ini serta yang dirujukkan oleh Lembaga Kaunselor.

Seksyen 5 (Keanggotaan Majlis)
-  PENGERUSI
  Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungjawabkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat.

-  TIMBALAN PENGERUSI
  Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat.

-  AHLI-AHLI
  Presiden Lembaga Kaunselor atau wakilnya.
  Tidak lebih daripada dua puluh lima (25) orang anggota lain yang dilantik oleh Menteri daripada kategori berikut:

· Sektor awam; Pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion pengkaunselan dan diluluskan oleh Menteri; Wakil institusi pendidikan tinggi; Pertubuhan bukan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan pengkaunselan; dan individu yang disebabkan oleh pengetahuan dan pengalaman mereka, pada pendapat Menteri akan dapat membantu Majlis.

-  SETIAUSAHA
  Pendaftar


Perkara-perkara berkaitan keanggotaan Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia

·         Warganegara Malaysia (Subseksyen 5(2) )
·         Tempoh jawatan tidak melebihi 2 tahun dan layak dilantik semula (Fasal 6)
·         Syarat pembatalan perlantikan (Fasal 7)
a)      jika kelakuannya memburukkan Majlis

b)      jika telah dibukti terhadapnya, atau dia disabitkan atas, sesuatu pertuduhan berkenaan dengan:
i)   sesuatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;
ii) sesuatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah;
iii)  suatu kesalahan di bawah Akta ini; atau
iv) apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama lebih daripada dua tahun sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai gentian denda.
           
c)      jika menjadi bankrap; atau

d)     jika didapati tak sempurna akal atau selainnya tak berupaya menjalankan kewajipannya.

·         Keanggotaan terhenti sekiranya: (Fasal B)
a.       tidak menghadiri mesyuarat Majlis 3 kali berturut-turut tanpa kebenaran pengerusi Majlis.
b.      perlantikan dibatalkan
c.       mati; atau
d.      meletakkan jawatan.

·         Boleh meletakkan jawatan bila-bila masa dengan memberi notis satu bulan secara bertulis kepada Menteri (Fasal 9)

Mesyuarat Majlis: (Subseksyen 10(1) dan 10(2) )
·         Sekurang-kurangnya dua kali setahun
·         Lima belas orang membentuk kuorum mesyuarat


BAHAGIAN III (LEMBAGA KAUNSELOR)

Bahagian III mengandungi peruntukan yang berhubungan dengan Lembaga Kaunselor dari segi peruntukan bagi penubuhan Lembaga, fungsi-fungsinya, keanggotaan Lembaga, kewajipan Lembaga memberikan piñata, laporan, akaun dan maklumat kepada Menteri dan pihak berkuasa awam lain sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri, peruntukan yang memberi Lembaga kuasa untuk melantik seorang peguambela dan peguamcara bagi pihaknya untuk memulakan dan menjalankan prosiding sivil.

Seksyen 12 (Fungsi Lembaga Kaunselor)
a.       Menyelia pemberian perkhidmatan kaunseling

b.      Menilai keperluan bagi perkhidmatan kaunseling di Malaysia

c.       Mengawalselia latihan kaunselor dan menentukan jenis dan tahap kaunseling yang akan diadakan di Malaysia

d.      Menentukan kelayakan yang melayakkan seseorang untuk didaftarkan di bawah Akta ini;

e.       Menentukan standard program latihan kaunseling

f.       Membuat syor kepada Kerajaan berhubung dengan standard perkhidmatan kaunseling

g.      Mendaftarkan kaunselor yang berkelayakan

h.      Mengawalselia fee yang boleh dikenakan oleh kaunselor berdaftar begi perkhidmatan kaunselingnya

i.        Melantik anggota-anggota Lembaga untuk menganggotai mana-mana lembaga, jawatankuasa atau badan yang ditubuhkan bagi apa-apa maksud yang menyentuh profesion kaunseling

j.        Mengawalselia tatakelakuan profesion kaunseling, termasuk menetapkan kod etika bagi profesion kaunseling; dan

k.      Melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya menjalankan fungsinya dengan berkesan.


Subseksyen 13(1) Keahlian Lembaga Kaunselor
a.       Seorang Presiden, yang dilantik daripada kalangan kaunselor berdaftar;
b.      Seorang wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat;
c.       Seorang wakil Kementerian Pendidikan;
d.      Seorang wakil Kementerian Kesihatan;
e.       Seorang wakil Jabatan Kemajuan Islam;
f.       Seorang wakil Jabatan Perkhidmatan Awam;
g.      Seorang wakil Kementerian Dalam Negeri;
h.      Tiga orang wakil institusi pendidikan tinggi; dan enam orang kaunselor berdaftar.
i.        Pendaftar sebagai Setiausaha

Subseksyen 13(2) Lembaga Kaunselor yang pertama
·         Lembaga yang pertama hendaklah dilantik oleh Menteri bagi tempoh tidak melebihi dua tahun
·         Keanggotaan:
- Ketua Setiausaha Kementerian yang bertanggungjawab bagi kebajikan masyarakat sebagai Pengerusi;
- Sembilan orang wakil pertubuhan profesional yang ada hubungan dengan profesion pengkaunselan; dan
-  Seorang wakil institusi pendidikan tinggi.


BAHAGIAN IV (PENDAFTARAN KAUNSELOR DAN PERAKUAN AMALAN)

Bahagian IV mengandungi peruntukan yang berhubung dengan pendaftaran kaunselor termasuk mengenai pelantikan seorang Pendaftar dan kewajipannya, pengawalseliaan dan penyeggaraan Daftar Kaunselor, kuasa untuk mengeluarkan nama dari Daftar bagi kes-kes tertentu, larangan menjalankan amalan sebagai Kaunselor, peruntukan bagi perakuan amalan, syarat pendaftaran, kelayakan, permohonan dan proses pendaftaran, pendaftaran sementara serta peruntukan bagi mempamerkan perakuan pendaftaran dan perakuan amalannya.

Seksyen 18 (Pelantikan dan Kewajipan Pendaftar)
a.       Menandatangani semua perakuan pendaftaran;
b.      Merekodkan semua catatan yang dikehendaki dalam Daftar Kaunselor
c.       Mengeluarkan dari Daftar Kaunselor nama dan butir lain mengenai Kaunselor berdaftar yang namanya telah diarah supaya dikeluarkan
d.      Menjalankan kewajipan lain yang dikehendaki oleh Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Seksyen 20 (Sebab-sebab Dikeluar dari Daftar Kaunselor)
·         Orang yang sudah mati atau menjadi tidak berupaya untuk melaksanakan tugas pengkaunselan disebabkan kelemahan fizikal atau mental.

·         Orang yang tidak membaharui perakuan pendafataran sementaranya atau perakuan amalannya dalam masa empat tahun dari tarikh tamat tempoh. Tetapi orang berkenaan boleh memohon di bawah Fasal 21 supaya namanya dimasukkan semula ke dalam Daftar Kaunselor.

Seksyen 22 dan 23 (Larangan Menjalankan Amalan sebagai Kaunselor)
·         Fasal 22 dan 23 bertujuan melarang mana-mana orang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini dan memegang perakuan amalan yang sah daripada menjalankan amalan sebagai kaunselor, menggunakan gelaran atau mempamerkan sebarang tanda yang menggambarkan seseorang itu sebagai kaunselor yang berdaftar.

·         Penalti bagi melanggar subseksyen 22(1) ialah denda tidak melebihi RM30,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 24 (Pendaftaran Kaunselor)
·         Syarat – syarat pendaftaran
- seorang warganegara atau pemastautin tetap
- berumur tidak kurang daripada 21 tahun
- layak dan sesuai
- mempunyai kelayan seperti di jadual kedua
  - kelayakan minima ialah diploma lepasan ijazah psikologi (kaunseling) dari   UKM

Seksyen 27 (Pendaftaran Sementara)
·         Kaunselor yang bukan warganegara Malaysia atau bukan pemastatutin tetap Malaysia dibenarkan didaftarkan sementara.
·         Mereka akan diberi perakuan pendaftaran sementara yang sah hanya selama satu tahun. Walau bagaimanapun, perakuan itu boleh dibaharui.

Seksyen 28 (Perakuan Amalan Dwitahunan)
·         Kaunselor yang berdaftar dan akan menjalankan amalan sebagai kaunselor dikehendaki membuat permohonan dalam tempoh satu bulan dari tarikh perakuan pendaftaran dikeluarkan bagi mendapatkan perakuan amalan dwitahunan. Perakuan ini boleh dibaharui.
·         Mereka yang telah mengemukakan permohonan dibenarkan menjalankan amalan sebagai Kaunselor mulai tarikh permohonan diterima oleh Lembaga Kaunselor.

Seksyen 29 (Pameran Perakuan-perakuan Pendaftaran dan Amalan)
·         Setiap kaunselor yang berdaftar dikehendaki mempamerkan perakuan pendaftarannya dan perakuan amalannya di premis di mana ia menjalankan amalan.
·         Alamat premis hendaklah dinyatakan dalam perakuan amalan. Jika kaunselor berdaftar menukar tempat amalannya atau menjalankan amalan di sesuatu tempat tambahan, dia hendaklah memberitahu Pendaftar dan alamat tempat baru atau tempat tambahan itu akan diendorskan pada perakuan amalan. Ini diperuntukkan dalam Fasal 30.


BAHAGIAN V (PERTUBUHAN PERBADANAN MENJALANKAN AMALAN SEBAGAI KAUNSELOR)

Bahagian V mengandungi peruntukan berkenaan dengan pertubuhan yang menjalankan amalan sebagai kaunselor.

Di bawah Seksyen 33, suatu pertubuhan perbadanan hanya boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor jika semua anggota lembaga pengarahnya ialah kaunselor berdaftar atau jika sebilangan besar mereka ialah kaunselor berdaftar dan anggota yang baki ialah orang yang berada dalam profesion yang ada hubungan dengan profesion pengkaunselan.

Di bawah Seksyen 35, apa-apa perubahan dalam keanggotaan ini hendaklah diberitahu kepada Lembaga.





BAHAGIAN VI (PROSIDING TATATERTIB)

Bahagian VI mengandungi peruntukan berhubungan dengan prosiding tatatertib termasuk penubuhan Jawatankuasa Penyiasatan dan Tatatertib, kewajipan-kewajipan serta bidang kuasa kedua-dua Jawatankuasa, kesalahan dan hukuman-hukuman tatatertib serta peruntukan bagi mengemukakan rayuan.




SENARAI KELAYAKAN YANG BOLEH DIDAFTARKAN

Negara
Nama Institusi
Kelayakan
Malaysia
Universiti Malaya
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Kebangsaan Malaysia
Diploma Psikologi (Kaunseling)

Sarjana Sastera (Psikologi Kaunseling)

Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Rundingcara)

Universiti Putra Malaysia
Bacelor Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)

Master Sains (Bimbingan & Kaunseling

Universiti Teknologi Malaysia
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Islam Antarabangsa
Sarjana Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling)

Universiti Sains Malaysia
Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Bimbingan & Kaunseling)

Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling)

Doktor Falsafah (Pendidikan)



PEWARTAAN AKTA KAUNSELOR PADA 19 MAC 1998

Hujjah kita nampaknya begitu meyakinkan sehingga kerajaan telah meluluskan satu akta yang dinamakan Akta Kaunselor 1998 yang menetapkan bahawa hanya mereka yang didaftarkan oleh Lembaga Kaunselor sahaja yang dibenarkan memberikan perkhidmatan yang kita berikan iaitu perkhidmatan kaunseling.

KANDUNGAN AKTA KAUNSELOR 1998

Dengan pewartaan Akta Kaunselor pada 19 Mac 1998, Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia ini yang telah memberi pengiktirafan professionalisme kepada kaunselor.

Seksyen 22 dalam Bahagian IV Akta Kaunselor 1998 menyatakan:

(1)   Tiada seorang pun boleh –
(a)    mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau megemukakan dirinya sebagai mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, amalan sebagai kaunselor atau bekerja sebagai kaunselor;
(b)   menggunakan gelaran “kaunselor berdaftar” atau apa-apa gelaran dalam apa-apa bahasa yang mungkin semunasabahnya ditafsirkan sebagai menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar; atau
(c)    menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, papan, kad atau reka bentuk lain yang menggambarkan atau menunjukkan bahawa dia seorang kaunselor berdaftar, melainkan jika dia didaftarkan di bawah Akta ini.

(2)   Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) adalah mdisabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan, selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. (muka surat 16-17).

Seksyen 24, juga dalam Bahagian IV Akta Kaunselor 1998 selanjutnya menyatakan (Percetakan Nasional Malaysia, 1998):

(1)   Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah dikeluarkan dibawah Akta ini.
(2)   Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) boleh dikenakan prosiding tatatertib di bawah Bahagian VI dan tidajk berhak untuk mendapatkan dalam mana-mana mahkamah apa-apa fee, caj atau saran bagi perkhidmatan kaunselingnya.

Seterusnya Seksyen 24(1) dalam Bahagian IV Akta Kaunselor menyatakan:
·         Seseorang hendaklah didaftarkan sebagai kaunselor jika dia memuaskan hati Lembaga bahawa dia seorang warganegara Malaysia atau seorang pemastautin tetap Malaysia, berumur tidak kurang daripada dua puluh satu tahun, adalah orang yang layak dan sesuai didaftarkan sebagai kaunselor dan memegang mana-mana kelayakan yang dinyatakan dalam Jadual Kedua (muka surat 17).


PENERIMAAN KAUNSELING SEBAGAI SATU PROFESION DARI SEGI PERUNDANGAN

·         Dengan pewartaan Akta Kaunselor pada 19 Mac 1998, dari segi perundangan kaunseling telah diterima sebagai satu profesion. Kita kaunselor perlu menyedari hakikat ini dan bertindak secara profesional dalam tugas dan tanggungjawab kita supaya klien kita dan orang awam juga menerima hakikat ini.

MEMBUKTIKAN DAKWAAN

·         Sebagai profesional kita perlu membuktikan dakwaan kita, jika tidak, kita tidak berbeza dengan penjual ubat ditepi jalan yang menjual ubat kepada orang yang terdesak dan mudah ditipu kerana tidak mempunyai cukup pendidikan untuk memahami keadaan penyakit mereka dan kelucuan dakwaan yang mereka dengar.
·         Sebagai profesional yang bertanggungjawab, dakwaan dan tuntutan kita bahawa kaunselor mempunyai kemahiran dalam mengurangkan kesengsaraan, tekanan dan kekusutan mestilah diasaskan kepada bukti-bukti saintifik akan keberkesanan dalam menjalankan strategi intervensi untuk menghasilkan keputusan yang baik kepada klien.

KEPERLUAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN

  • Salah satu tanggungjawab kita sebagai profesional adalah untuk menjalankan penyelidikan bagi membuktikan keberkesanan perkhidmatan yang kita berikan
  • Setakat ini kita bergantung kepada penyelidikan di negara barat untuk mempertahankan hujjah kita mengenai keberkesanan perkhidmatan yang kita berikan.

KEPERLUAN MEMENANGI KEPERCAYAAN DAN EKSPEKTASI ORANG RAMAI

  • Kepercayaan orang ramai tidak dimenangi dengan mudah. Ia bertimbun tambah dengan perlahan-lahan dari pengalaman yang dikongsi bersama oleh orang, tetapi ia boleh dirosakkan dengan mudah.
  • Kepercayaan orang ramai adalah sebahagiannya berasaskan kepada tiga ekspektasi dari setiap orang daripada ahlinya.
  • Tiga ekspektasi itu ialah: kecekapan (competence), peraturan (regulation, dan perkhidmatan untuk orang ramai (public service).

EKSPEKTASI KECEKAPAN

  • Profesional adalah diiktiraf, dicari dan diberikan penghormatan pada asasnya sebab mereka dipercayai mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang khusus, berguna, dan terkini yang tidak boleh diperoleh daripada ahli masyarakat yang lain.
  • Apabila orang yang tidak kompeten atau tidak berkelayakan dibenarkan memasuki, kekal dalam, atau meluluskan diri mereka sebagai ahli sesuatu profesion, kepercayaan awam pada kecekapan profesion itu akan pupus (hilang).

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Designed By VungTauZ.Com